2020-11-04
CHENGDU, China, 2 Nov. 2020 -- Pemimpin perniagaan dalam industri hotel tempatan dan antarabangsa melihat potensi pelaburan yang amat baik di Chengdu, kediaman kepada panda gergasi dan ibu kota wilayah Sichuan di Barat Daya China, semasa acara promosi untuk industri hotel bandar tersebut.
Liu Shijun, setiausaha agung World Tourism Alliance (WTA), menyampaikan ucapan di Persidangan Promosi Pelaburan Global Industri Hotel Chengdu 2020, pada 28 Okt
Persidangan Promosi Pelaburan Global Industri Hotel Chengdu 2020 yang bermula pada 28 Okt, menarik ratusan pakar dan pemimpin perniagaan daripada industri hotel. Semasa acara dua hari tersebut, Chengdu mengeluarkan pelan pembangunan untuk satu kelompok zon kefungsian industri pelancongan dan kebudayaan utama dan senarai projek kebudayaan dan pelancongan utama. Para pegawai turut memperkenalkan dasar berkaitan industri hotel Chengdu yang berkenaan.
Para hadirin juga dipelawa memeriksa pembangunan industri kebudayaan dan pelancongan dan projek pelaburan industri hotel.
"Sudah banyak kali saya berkunjung ke Chengdu sepanjang beberapa tahun lalu, dan setiap kali saya datang, saya menemui perkara baharu dan merasai perasaan baharu," kata Liu Shijun, setiausaha agung World Tourism Alliance (WTA). Beliau menambah bahawa WTA sudi bekerjasama dengan semua pihak untuk meningkatkan kerjasama dengan Chengdu dan menyokong pembangunan industri hotel dan pelancongan bandar tersebut.
Liang Jianzhang, pengerusi agensi pelancongan dalam talian Ctrip, berkata Chengdu mempunyai kelebihan unik di seluruh dunia disebabkan oleh sumber alam semula jadi dan budayanya yang luar biasa. Beliau yakin bahawa Chengdu bakal menjadi salah satu daripada destinasi utama di China untuk pelawat antarabangsa.
"Chengdu sentiasa menjadi salah satu daripada bandar popular China untuk dikunjungi oleh pelawat Jepun. Semua orang di Jepun mengimpikan untuk memegang panda gergasi di Chengdu sepanjang hayat mereka," kata Bika Han, pengurus besar Hoshino China GSA, melalui sambungan video. Beliau menambah Chengdu ialah salah satu pasaran yang hotel beliau paling hargai di China.
Qu Qiang, naib presiden eksekutif Brilliant Group, berkata kumpulan tersebut menjalankan penyelidikan mendalam terhadap bandar-bandar utama di China selepas wabak COVID-19 dan akhirnya memilih Chengdu sebagai destinasi pelaburan pertama mereka di antara bandar peringkat pertama baharu China.
Menerusi kerjasama dengan Kumpulan Pelancongan dan Kebudayaan Chengdu, Brilliant Group akan membina sebuah hotel mewah di Lembah Kuanzhai, sebuah mercu tanda kebudayaan tempatan yang terkenal.
Penginapan baharu Brilliant Group akan berada di bawah jenama Brilliant, manakala dua jenama hotel lain di bawah kumpulan tersebut juga akan ditempatkan di Chengdu tidak lama lagi, ujar Qu.
Proven Strength, New Chapters Ahead: Chery Super Hybrid (CSH) Global Endurance Test Concludes in Triumph, Paving the Way for the 2025 Chery Brand User Summit
Sentimen elak risiko dorong ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar
Pasaran kewangan domestik kekal teratur meskipun terdapat ketidaktentuan global
Gangguan Aerotrain, MAHB bakal lantik penilai bebas laksana semakan menyeluruh
KWAP lancar Dana Iklim+, galak pelaburan hijau negara
MITI, MoF bincang insentif baharu galak penggunaan EV
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur