2024-06-11 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,10 Jun- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Isnin selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi yang dikeluarkan pada Jumaat lepas dijangka meningkatkan mata wang AS itu.
Pada 9.06 pagi,ringgit merosot kepada 4.7150/7200 berbanding dolar AS daripada 4.6900/6940 pada Jumaat lepas.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata laporan NFP pada Mei menunjukkan sebanyak 272,000 pekerjaan baharu pada bulan tersebut,mengatasi unjuran konsensus sebanyak 182,000.
Beliau berkata purata pendapatan mingguan AS juga tinggi kepada 4.1 peratus tahun ke tahun pada Mei daripada 4.0 peratus sebelum ini,memberikan gambaran bahawa pertumbuhan gaji masih berdaya tahan.
“Sehubungan itu,ringgit akan kekal rendah berikutan pasaran menunggu keputusan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada 12 Jun,terutamanya pembolehubah makroekonomi terkini mereka,” katanya kepada Bernama.
Mohd Afzanizam berkata walaupun NFP dilihat kukuh,Kadar Penyertaan Tenaga Buruh (LFPR) merosot kepada 62.5 peratus pada Mei selepas kekal pada 62.7 peratus selama dua bulan berturut-turut,menunjukkan pasaran buruh AS tidak begitu teguh berikutan orang ramai memilih untuk keluar daripada pasaran buruh.
Justeru,penilaian terkini oleh Rizab Persekutuan AS mengenai keadaan pasaran buruh adalah penting kerana ini akan mewajarkan keputusannya untuk mengekalkan atau melonggarkan dasar monetari yang ketat yang sedang dilaksanakan.
“Peralihan ke arah kecenderungan melonggarkan dasar akan menaikkan ringgit,” katanya.
Sementara itu,ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.0066/0100 daripada 3.0163/0190 pada Jumaat lepas,meningkat berbanding pound kepada 5.9994/6.0057 daripada 6.0009/0060 sebelum ini dan naik berbanding euro kepada 5.0814/0867 daripada 5.1079/1122 minggu lepas.
Ia turut diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Ringgit meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.7743/7944 daripada 12.8465/8627 pada Jumaat lepas dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.4861/4901 daripada 3.4872/4905 sebelum ini.
Bagaimanapun,ia merosot berbanding peso Filipina kepada 8.02/8.04 daripada 8.01/8.02 minggu lepas dan susut kepada 291.1/291.5 berbanding rupiah Indonesia daripada 289.5/289.9 pada Jumaat lepas.- BERNAMA
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur