2024-06-11 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,10 Jun- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional merosot kepada RM25.51 bilion daripada RM25.97 bilion pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam berkurangan kepada RM16.70 bilion daripada RM20.64 bilion sebelum ini.
Terdahulu,bank pusat menjalankan dua tender repo berbalik dan satu tender repo berbalik Islam.
BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar bagi tempoh satu hingga tiga bulan.
Pada 4 petang,bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM25.5 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM16.7 bilion,kedua-duanya untuk wang sehari.
Setakat 7 Jun,Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) kekal pada 3.02 peratus.- BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur