2024-06-11 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,11 Jun- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US kerana pelabur kekal di luar pasaran berikutan kekurangan pemangkin.
Pada 9.06 pagi,ringgit berada pada 4.7200/7250 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7210/7250 pada Isnin.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS kekal di atas 105 mata menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang akan berlangsung malam ini.
“Selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) AS dikeluarkan mata wang AS kekal di kedudukan hadapan kerana Rizab Persekutuan (Fed) dilihat mengekalkan pendirian dasar monetorinya yang ketat berbanding di Eropah.
"Sehubungan itu,ringgit dijangka kekal didagangkan dalam dalam julat sempit kerana peserta pasaran menunggu keputusan FOMC esok (12 Jun)," katanya kepada Bernama
Pada sesi pembukaan,ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang.
Unit tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 3.0025/0059 daripada 3.0089/0117 pada penutupan Isnin,merosot berbanding pound Britain kepada 6.0071/6.0135 daripada 5.9943/9993 dan berkurangan berbanding euro kepada 5.0801/0855 daipada 5.0722/0765.
Sementara itu,ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang ASEAN.
Ringgit merosot berbanding peso Filipina kepada 8.04/8.05 daripada 8.03/8.04 ketika ditutup semalam,turun berbanding dolar Singapura kepada 3.4878/4917 berbanding 3.4875/4907 sebelumnya.
Ia juga jatuh berbanding rupiah Indonesia kepada 298.8/290.3 daripada 289.9/290.3 sebelumnya dan menguncup berbanding baht Thailand kepada 12.8299/8481 daripada 12.8211/8372 ketika ditutup pada Isnin.- BERNAMA
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur