2024-06-11 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,10 Jun- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar US disebabkan kekurangan minat belian sementara Indeks Dolar Amerika Syarikat (DXY) mencatatkan kenaikan,melepasi paras 105 mata.
Seorang penganalisis berkata bahawa keuntungan DXY,pertama kali direkodkan sejak 29 Mei 2024,dipengaruhi oleh data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) lebih kukuh yang dikeluarkan pada Jumaat lepas.
Pada pukul 6.00 petang,ringgit turun kepada 4.7210/7250 berbanding dolar US daripada 4.6900/6940 semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata,NFP minggu lepas telah mengubah haluan dolar AS kerana peserta pasaran membuat kesilapan disebabkan bersikap berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang akan berlangsung pada 11 hingga 12 Jun minggu ini.
“Ringgit didagangkan sekitar 4.7180 selepas berlegar sekitar 4.7000 dalam beberapa minggu lepas. Sama ada trend itu akan berterusan atau sebaliknya,ia bergantung kepada unjuran ekonomi terkini Rizab Persekutuan (Fed)," katanya kepada Bernama.
Pada penutup dagangan hari ini,ringgit diniagakan tinggi berbanding beberapa mata wang utama.
Unit tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 3.0089/0117 daripada 3.0163/0190 pada Jumaat lepas,meningkat berbanding pound Britain kepada 5.9943/9993 daripada 6.0009/0060 sebelumnya,melonjak berbanding euro kepada 5.0722/0765 daripada 5.1079/1122.
Sementara itu,ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang di negara-negara ASEAN.
Unit tempatan rendah berbanding peso Filipina kepada 8.03/8.04 daripada 8.01/8.02 ketika ditutup pada Jumaat,merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.4875/4907 berbanding 3.4872/4905 dan berkurangan berbanding rupiah Indonesia kepada 289.9/290.3 daripada 289.5/289.9 sebelumnya.
Bagaimanapun,ia meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.8211/8372 daripada 12.8465/8627 minggu lepas -BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur