2024-06-11 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,11 Jun- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini apabila aktiviti belian saham pada harga rendah berlaku selepas penurunan semalam.
Pada 9.09 pagi,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.22 mata kepada 1,615.59 daripada 1,614.37 ketika ditutup pada Isnin.
Indeks barometer dibuka tinggi 2.63 mata kepada 1,617.00.
Dalam pasaran secara menyeluruh,kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 312 berbanding 154,dengan 374 kaunter tidak berubah,1,560 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 432.30 juta saham bernilai RM159.70 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd,Thong Pak Leng berkata Wall Street mencatatkan prestasi positif apabila Nasdaq dan S&P merekodkan paras tertinggi menjelang pendirian Rizab Persekutuan (Fed) mengenai kadar faedah esok (12 Jun).
“Pendapat secara konsensus adalah Fed akan mengekalkan kadar faedah susulan data pekerjaan yang kukuh pada Jumaat lepas.
"Oleh itu,Dow Jones memperoleh 69 mata manakala Nasdaq menambah 59 mata apabila hasil 10 tahun AS meningkat tinggi pada 4.471 peratus," katanya.
Beliau berkata perkembangan positif itu,ditambah dengan peningkatan harga minyak mentah Brent ditutup lebih tinggi pada US$82 setong,mungkin menyaksikan FBM KLCI berlegar antara julat 1,610-1,620 hari ini.
Mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) berlangsung hari ini dan berakhir esok (12 Jun),angka inflasi AS bagi bulan Mei juga akan dikeluarkan esok.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi,Tenaga Nasional naik enam sen kepada RM13.78,KLK meningkat 28 sen kepada RM21.14,CelcomDigi menambah dua sen kepada RM3.86,MISC menokok lima sen kepada RM8.63 dan Hong Leong Bank melonjak 10 sen kepada RM19.50.
Bagi saham aktif,SMTrack and Hubline tidak berubah masing-masing pada 4.0 sen dan 7.0 sen,Sin-Kung Logistics turun 0.5 sen kepada 17.5 sen manakala Pegasus dan PUC meningkat 0.5 sen masing-masing kepada 1.0 sen dan 6.5 sen.
Di papan indeks,Indeks FBM Emas meningkat 10.25 mata kepada 12,366.26,Indeks FBMT 100 naik 8.37 mata kepada 11,937.35,Indeks FBM Emas Shariah menambah 20.46 mata kepada 12,682.77,Indeks FBM 70 menokok 9.81 mata kepada 17,845.38 dan Indeks FBM ACE naik 22.65 mata kepada 5,691.74
Mengikut sektor,Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 4.07 mata kepada 17,642.08,Indeks Tenaga menambah 8.55 mata kepada 991.40,Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.14 mata kepada 198.16 manakala Indeks Perladangan meningkat 24.76 mata kepada 7,127.04. - BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur