2024-06-11 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,11 Jun- Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM25.60 bilion dalam sistem konvensional dan RM20.52 bilion dalam dana Islam.
Hari ini,bank pusat akan menjalankan dua tender repo berbalik,terdiri daripada tender bernilai RM1.5 bilion untuk 30 hari dan tender bernilai RM1 bilion untuk 92 hari serta tender repo berbalik Islam bernilai RM700 juta untuk 30 hari.
BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.
Pada 4 petang,bank pusat akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM28.1 bilion dan RM21.2 bilion untuk tender semalaman Murabahah.- BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur