2024-06-11 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,11 Jun- Ringgit berpotensi mengukuh kepada RM4.42 berbanding dolar Amerika Syarikat menjelang akhir tahun ini.
Kenanga Research memaklumkan,terdapat kelemahan berterusan dalam ekonomi negara maju itu,di sebalik jangkaan penangguhan pengurangan kadar sehingga November ini.
Ini termasuk tempoh pencarian kerja yang panjang dan ancaman tekanan kewangan akibat hutang kad kredit dan nilai gadai janji yang meningkat.
Jelas firma penyelidikan itu,usaha kerajaan untuk menukar hasil pendapatan asing kepada ringgit dan komitmen terhadap penyatuan fiskal turut menyumbang kepada pengukuhan ringgit.
Ringgit kembali melonjak Mei lalu,menjadikannya antara mata wang ASEAN berprestasi terbaik susulan susut nilai indeks Dolar Amerika Syarikat.
Sementara itu,kadar inflasi dijangka kekal stabil,pada purata 2.7 peratus tahun ini.
Unjuran itu mengambil kira rasionalisasi subsidi diesel dan potensi pengapungan RON95 pada menjelang akhir tahun.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur