2024-06-11 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO FAIL
KUALA LUMPUR,11 Jun - Penyasaran subsidi diesel adalah langkah penting yang merangsang pertumbuhan ekonomi inklusif dan mampan dalam jangka panjang.
Menurut Boustead Properties Berhad,industri hartanah berpotensi mendapat manfaat daripada penjimatan subsidi bahan api berjumlah RM4 bilion setahun.
Ketua Pegawai Eksekutif Boustead Properties Berhad Khairul Azizi Ismail berkata,penjimatan fiskal diunjurkan akan menambah baik kemudahan awam dan pembangunan infrastruktur.
"Ini akan meningkatkan nilai dan daya tarikan pembangunan kediaman dan komersial.
"Dasar itu turut mempromosi pembangunan mampan dengan menggalakkan penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui.
"Sekali gus mengurangkan pergantungan kepada bahan api fosil dan membolehkan sektor hartanah menyumbang kepada matlamat alam sekitar negara," katanya menerusi satu kenyataan.
Menurut syarikat pemaju,pelaksanaan subsidi diesel tidak memberi impak terhadap keberkesanan operasi,penghantaran operasi mahupun kos pembangunannya.
KataKhairul ini memandangkan,bahan api diesel pada harga komersial telah diambil kira bagi semua projek dan pembangunan Boustead Properties.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur