2024-06-11 berita.rtm.gov.my HaiPress

Datuk Lukanisman Awang Sauni mengadakan lawatan ke Pejabat Kesihatan Daerah Pekan di Pahang
PEKAN,11 Jun- Sebanyak 41 klinik daif bawah Kementerian Kesihatan (KKM) di seluruh negara telah siap dinaik taraf menerusi inisiatif Bitara MADANI,tahun ini.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata,sehingga 4 Jun lalu,326 projek kini dalam fasa pelaksanaan,manakala 36 projek belum bermula.
Menurutnya,beliau menjangkakan kesemua 403 projek menaiktaraf serta roboh dan bina baharu akan disiapkan selewat-lewatnya pada November tahun ini,dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM150 juta.
Jelasnya,daripada 403 projek itu,sebanyak 393 projek dilaksanakan sendiri oleh KKM,manakala 10 projek dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).
Di Pahang katanya,kerajaan telah memperuntukkan RM15.5 juta melibatkan 40 projek,termasuk 13 projek roboh dan bina baharu.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Pejabat Kesihatan Daerah Pekan di Pahang,hari ini.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur