2024-06-14 berita.rtm.gov.my HaiPress

Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Rabu,seiring dengan prestasi negatif pasaran niaga hadapan getah serantau / Foto Fail
KUALA LUMPUR,12 Jun - Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Rabu,seiring dengan prestasi negatif pasaran niaga hadapan getah serantau.
Bagaimanapun,penurunan selanjutnya dihadkan oleh kenaikan harga minyak mentah penanda aras dan prospek ekonomi global yang positif daripada Bank Dunia dalam persekitaran bekalan getah asli yang terhad,kata seorang peniaga.
Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun susut hari ini,dipengaruhi oleh data ekonomi yang lemah daripada pengguna utama China,walaupun ditampung oleh harga minyak yang tinggi dan kelemahan yen.
Harga minyak naik hari ini,berikutan pandangan permintaan global yang menggalakkan daripada Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) Amerika Syarikat (AS) dan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC),katanya kepada Bernama.
Pada 5.09 petang,harga minyak mentah penanda aras Brent naik 0.81 peratus kepada US$82.64 setong.
EIA AS menaikkan unjuran pertumbuhan permintaan minyak dunia 2024 kepada 1.10 juta tong sehari daripada unjuran sebelumnya sebanyak 900,000 tong sehari.
"Peniaga pasaran memantau dekat data ekonomi AS yang akan dikeluarkan lewat hari ini untuk petunjuk selanjutnya mengenai dasar monetari AS," katanya.
Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) turun 2.5 sen kepada 840.5 sen sekilogram,manakala lateks pukal susut satu sen kepada 795.5 sen sekilogram.
Pada 5 petang,harga rujukan LGM untuk fizikal SMR 20 berada pada 844 sen sekilogram,manakala lateks pukal pada 797.5 sen sekilogram.-BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur