2024-06-14 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,13 Jun- Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Khamis dengan Bank Negara Malaysia (BNM) terus menjalankan operasi untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM23.43 bilion dalam sistem konvensional dan RM15.94 bilion dalam dana Islam.
Hari ini,bank pusat akan menawarkan satu tender repo berbalik RM1.0 bilion bagi 92 hari dan satu tender repo berbalik Islam RM280 juta untuk 32 hari.
BNM turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik,perjanjian jual dan beli balik serta Murabahah komoditi bercagar dengan tempoh satu hingga tiga bulan.
Pada 4 petang,BNM akan melaksanakan tender tender semalaman konvensional sehingga RM24.4 bilion dan tender semalaman Murabahah bagi RM16.5 bilion.- BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur