2024-06-14 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,13 Jun- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis,didorong kemunculan semula minat belian apabila Rizab Persekutuan AS (Fed) mengekalkan kadar faedah tidak berubah sekali gus menandakan penurunan kadar dijangka berlaku tahun ini.
Pada 9.05 pagi,ringgit meningkat kepada 4.7030/7070 berbanding dolar AS daripada 4.7160/7185 ketika ditutup pada Rabu.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) berlegar di bawah 105 mata malam tadi,menunjukkan kelemahan dolar memandangkan pasaran percaya lebih banyak langkah pelonggaran dasar monetari akan dilakukan oleh Fed.
Beliau berkata walau bagaimanapun,keputusan dan panduan Fed terkini menunjukkan bank pusat AS itu mungkin mengurangkan kadar faedah sekali sahaja,berbeza dengan jangkaan pada Mac iaitu sebanyak tiga kali.
Namun,pasaran dilihat meningkatkan jangkaan mereka kepada dua kali pengurangan kadar faedah iaitu pada September dan Disember tahun ini.
“Justeru,ringgit mungkin meraih manfaat daripada perkara ini dengan USD/MYR menghampiri paras RM4.7000 hari ini,” katanya kepada Bernama.
Sementara itu,ringgit diniagakan rendah berbanding beberapa mata wang utama.
Unit tempatan rendah berbanding yen Jepun kepada 2.9999/3.0027 daripada penutupan dagangan Rabu pada 2.9977/9995 dan susut berbanding euro kepada 5.0863/0906 daripada 5.0711/0738.
Ringgit turun berbanding pound British kepada 6.0189/0240 daripada 6.0157/0189 semalam.
Unit domestik diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara Asean.
Ringgit meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 288.5/289.0 daripada 289.3/289.7 pada penutup Rabu dan tinggi berbanding peso Filipina kepada 8.03/8.05 daripada 8.04/8.05.
Walau bagaimanapun,ringgit turun berbanding dolar Singapura kepada 3.4889/4921 daripada 3.4879/4900 semalam dan rendah berbanding baht Thailand kepada 12.8719/8881 daripada 12.8529/8643.- BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur