2024-06-14 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,13 Jun- Keputusan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) untuk mengekalkan kadar faedah dalam keadaan data inflasi yang semakin menurun,menambahkan lagi minat belian di Bursa Malaysia pada dagangan tengah hari ini.
Pada 12.30 tengah hari,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.19 mata kepada 1,613.14 berbanding 1,608.95 semasa ditutup pada Rabu.
FBM KLCI dibuka 3.63 mata lebih tinggi kepada 1,612.58 dan bergerak dalam zon positif antara 1,610.71 dan 1,616.84 sepanjang sesi dagangan pagi.
Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 644 berbanding 421,manakala 479 kaunter tidak berubah,857 tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung dagangan.
Jumlah dagangan sebanyak 3.24 bilion unit bernilai RM2.09 bilion.
Di AS,S&P 500 dan Nasdaq meraih rekod tertinggi untuk hari ketiga berturut-turut pada Rabu,sekali gus menyumbang keyakinan baharu di pasaran ekuiti serantau seperti Hong Kong dan Singapura,berikutan pengumuman indeks harga pengguna AS yang lebih rendah pada Mei.
Pegawai Fed berkata inflasi telah menyusut lebih jauh ke arah tahap sasaran mereka,namun memberikan isyarat bahawa mereka dijangka mengurangkan kadar faedah hanya sekali pada tahun ini.
Bagaimanapun,Indeks Nikkei dalam keadaan rendah menjelang keputusan dasar bank pusat Jepun pada Jumaat,dengan ia juga dijangka mengekalkan kadar faedah tidak berubah.
Di dalam negara,saham wajaran tinggi Tenaga Nasional naik 26 sen kepada RM14.14,YTL Power menambah 14 sen kepada RM5.17,YTL menokok enam sen kepada RM3.65,Public Bank naik tiga sen kepada RM4.09 dan Maybank menokok empat sen kepada RM10.
Antara kaunter aktif,Sapura Energy dan Malayan United Industries masing-masing naik setengah sen kepada 4.5 sen dan 7.0 sen.
SNS Network berkurangan 2.5 sen kepada 85 sen manakala Agmo naik lapan sen kepada 71 sen.
Di papan indeks,Indeks FBM Emas menambah 40.41 mata kepada 12,423.07,Indeks FBMT 100 naik 35.34 mata kepada 11,988.80 dan Indeks FBM Emas Syariah meningkat 29.37 mata kepada 12,783.21.
Indeks FBM 70 meraih 70.73 mata kepada 18,204.19 dan Indeks FBM ACE mengukuh 66.51 mata kepada 5,802.17.
Mengikut sektor,Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 48.85 mata kepada 17,602.53,Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.27 mata kepada 199.40,Indeks Tenaga meningkat 8.55 mata kepada 987.85 manakala Indeks Perladangan turun 21.90 mata kepada 7,042.25.- BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur