2024-06-14 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,14 Jun- Ringgit diniagakan lebih rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan hari ini berikutan kekurangan minat belian apabila Indeks Dolar AS (DXY) melantun semula selepas penurunan dolar AS baru-baru ini.
Pada pukul 9.05 pagi,ringgit menyusut kepada 4.7140/7190 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7070/7110 pada Khamis.
Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata DXY melepasi paras 105 mata apabila para peniaga kurang keyakinan terhadap mata wang euro berikutan kebimbangan terhadap pilihan raya Perancis.
“Justeru,Dolar AS/Ringgit dijangka kekal dalam jajaran kecil,” katanya kepada Bernama.
Mohd Afzanizam berkata peralihan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) ke arah menggalakkan pertumbuhan ekonomi mungkin akan lebih ketara pada separuh kedua 2024 apabila data-data yang akan diumumkan kelak dijangka lebih lemah di tengah-tengah aliran disinflasi ketika ini.
"Oleh itu,prospek positif ringgit pada separuh kedua tahun ini dijangka terus kekal,” katanya.
Ringgit susut berbanding yen Jepun kepada 2.9982/3.0015 daripada paras penutup 2.9945/9972 pada Khamis tetapi naik berbanding euro kepada 5.0610/0663 daripada 5.0840/0884 dan meningkat berbanding pound Britain kepada 6.0104/0167 daripada 6.0160/0211.
Sementara itu,ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara-negara ASEAN lain.
Unit tempatan susut sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 289.6/290.1 daripada paras penutup 289.2/289.6 pada Khamis dan turun berbanding peso Filipina kepada 8.04/8.05 daripada 8.03/8.04 sebelumnya.
Bagaimanapun,ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4880/4919 daripada 3.4887/4920 dan naik berbanding baht Thailand kepada 12.8185/8370 daripada 12.8386/8540. -BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur