2024-06-14 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto RTM
KUALA LUMPUR,13 Jun- Inflasi keseluruhan negara dijangka kekal antara 2.0% hingga 3.5% tahun ini selepas pelaksanaan rasionalisasi subsidi diesel pada 10 Jun.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan,Datuk Johan Mahmood Merican berkata,rasionalisasi ini lebih tertumpu kepada membantu rakyat dan menangani penyeludupan dalaman serta rentas sempadan.
Justeru,kerajaan akan terus memastikan tiada kenaikan harga barangan yang tidak seimbang susulan pelaksanaan rasionalisasi subsidi diesel.
Beliau berkata demikian semasa sesi panel dalam Simposium bertajuk “Subsidy Rationalisation: Charting The Course Towards Economic Transformation” di Simposium Sasana 2024 Bank Negara Malaysia.
Pada Mei lalu,Bank Negara Malaysia mengumumkan Inflasi keseluruhan dan inflasi teras dijangka kekal sederhana tahun ini,masing-masing antara 2.0% hingga 3.5% dan antara 2.0% hingga 3.0% pada 2024.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur