2024-06-17 berita.rtm.gov.my HaiPress

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
NIBONG TEBAL,16 Jun- Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi keutamaan untuk menyelesaikan kes permohonan kewarganegaraan membabitkan kategori anak tidak sah taraf dan anak angkat.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata,ketika ini permohonan dua kategori tersebut adalah paling tinggi,diikuti kategori anak yang lahir di luar negara daripada ibu warganegara dan bapanya bukan warganegara.
Sementara itu permohonan bagi kategori naturalisasi dan perkahwinan warga tempatan dengan warga asing adalah sangat sedikit.
"Apabila saya tengok profil data permohonan saya dapati anak yang lahir di luar ikatan perkahwinan itu tinggi. Jadi saya fikir anak-anak ini tidak perlu dihukum atas kesilapan ibu bapa kerana itu arahan saya kepada pegawai-pegawai KDN adalah proses segera.
"...dan kerana itu kita letakkan 14,000 petunjuk prestasi utama (KPI) pada tahun lepas,kita capai tepat pada Disember 2023. Sekarang ini kita dah masuk ke bulan ke-6 dan angka tu sudah pun keseluruhan mencecah lebih 15,000 sebenarnya," katanya selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama masyarakat India di Sungai Bakap,di sini.
Dalam perkembangan lain Saifuddin mengesahkan polis menerima aduan mengenai kebocoran dokumen dan siasatan berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin.
Perkara berkenaan akan diserahkan kepada Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil,demikian dinyatakan ketika mengulas pertanyaan media berhubung isu kebocoran berkenaan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur