2024-06-17 berita.rtm.gov.my HaiPress

Shamsul Nizam Khalil
ARAU,16 Jun- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui Ops Kesan 2.0 mengeluarkan 202 Notis Bertulis (NB) bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga,di seluruh negara,kata Timbalan Ketua Pengarah Penguatkuasa Bahagian Operasi KPDN Shamsul Nizam Khalil.
Notis itu dikeluarkan selepas menjalankan pemeriksaan ke atas 599 premis bagi memastikan tiada elemen pencatutan berlaku selepas penyasaran subsidi diesel yang diumumkan bermula Isnin lepas.
"Notis Bertulis ini dikeluarkan untuk memastikan dan mendapatkan maklumat awal berhubung dengan harga jualan dan kos tertentu serta caj perkhidmatan.
"Ia bagi melihat sama ada berlaku kenaikan harga atau sebaliknya. KPDN juga memberi amaran kepada mana-mana pihak yang didapati mengambil kesempatan dengan melakukan manipulasi harga dan caj perkhidmatan," katanya kepada pemberita selepas melakukan Ops Kesan 2.0 di sini.
Pada masa sama KPDN juga menyeru orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat dan aduan sepanjang operasi itu dijalankan bagi membolehkan setiap kesalahan disiasat.
Aduan boleh disalurkan menerusi talian Whatsapp 019-2794317 atau 019-8488000,atau Portal e-Aduan KPDN atau menerusi talian 1-800-886-800 serta aplikasi Ez ADU KPDN.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur