2024-06-17 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO PDRM
LIPIS,16 Jun-Seorang pemuda ditemukan lemas di kawasan bekas lombong emas di Jalan Sungai Tabah,Kampung Merapoh di sini,awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah,Penguasa Polis Ismail Man berkata,mangsa,Muhammad Adam Harris Mohd Azman,18,bersama seorang sepupunya,13,dilapor ke kawasan itu untuk memancing pada pukul 7.00 malam semalam.
Mangsa dikatakan bertindak turun ke lombong terbabit dan berenang pada jarak kira-kira 12 meter selepas mendapati mata jorannya tersangkut.
Bagaimanapun,dia kelihatan tidak berdaya ketika mahu berpatah balik ke kawasan darat sebelum lemas dan tenggelam ke dalam air.
Pencarian melibatkan pasukan polis,bomba serta penduduk kampung kemudian menemukan mangsapada pukul 2.50 pagi tadi.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur