2024-06-17 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO PDRM
LIPIS,16 Jun-Hasrat seorang lelaki untuk menyambut Aidiladha di kampung halamannya tidak kesampaian apabila terlibat kemalangan maut di Kilometer 25 Jalan Lipis-Benta menghala Kuala Lipis,Pahang,awal pagi tadi.
Kejadian berlaku ketika mangsa,Mohamad Suhamel Ismail,24,yang menunggang motosikal sedang berehat di tepi jalan sebelum dirempuh sebuah lori muatan tilam.
Menurut Ketua Polis Lipis,Penguasa Polis Ismail Man berkata,mangsa menunggang motosikal berseorangan dari rumahnya di Kepong,Kuala Lumpur untuk pulang ke rumah keluarga di Kampung Bertam,Gua Musang,Kelantan,manakala pemandu lori,29,dari Klang,Selangor dalam perjalanan menghantar tilam ke Tanah Merah,Kelantan.
Pemandu lori dikatakan cuba mengelak kereta yang berhenti di tengah jalan di Bulatan Benta akibat satu kemalangan,sebelum terbabas ke bahu jalan dan merempuh mangsa.
Ismail berkata,kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Saksi kejadian dimohon tampil untuk membantu siasatan.

Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur