2024-06-18 berita.rtm.gov.my HaiPress

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
NIBONG TEBAL,18 Jun- Seorang lelaki maut dan seorang lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 155.9 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Sungai Bakap di sini,awal pagi ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan itu pada pukul 4.36 pagi dan terus ke lokasi kejadian.
Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta mangsa telah melanggar belakang bas ekspres terbabit sehingga menyebabkan penumpang hadapan tersepit.
Bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan lelaki berusia 30 tahun itu.
"(Sementara itu) pemandu (kereta) berusia 40 tahun mengalami kecederaan di bahagian muka,manakala pemandu dan semua penumpang bas ekspres tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata,mayat mangsa dihantar ke hospital untuk dibedah siasat,manakala pemandu kereta yang cedera turut dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur