2024-06-18 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR,17 Jun- Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima sepucuk surat daripada rakan sejawatnya dari India iaitu Narendra Modi yang mengutuskan ucapan Aidiladha kepada beliau dan seluruh rakyat Malaysia.
Anwar berkata mereka juga senada bahawa keamanan dunia bergantung kepada nilai kebersamaan serta penerapan prinsip kemanusiaan,ihsan dan pengorbanan dalam membina sebuah negara maju.
"Saya juga bersetuju dengan PM (Perdana Menteri) Modi yang menyentuh aspek budaya dan warisan turun menurun dalam menghormati satu sama lain perlu terus dijulang dan diraikan di seluruh pelusuk dunia ketika meraikan hari mulia ini.
"Mendoakan agar PM Modi terus diberikan kesihatan yang baik selain hubungan Malaysia dan India terus diperkukuhkan demi manfaat bersama," kata Anwar menerusi perkongsian pada Facebook beliau hari ini.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur