2024-06-18 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR,17 Jun- Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye,Recep Tayyip Erdogan hari ini berbalas ucapan selamat menyambut Aidiladha,selain berharap hubungan kedua-dua negara terus diperkukuh.
Anwar berkata,Malaysia dan Turkiye turut senada untuk meningkatkan bantuan kemanusiaan khususnya di Gaza,malah Erdogan turut berkongsikan pengalamannya dalam menyatakan kebimbangan serta protes kepada pembunuhan beramai-ramai di Gaza dalamSidang KemuncakKumpulan Tujuh (G7) di Itali yang dihadirinya baru-baru ini.
"Saya turut menerima panggilan telefon daripada sahabat baik saya Presiden Recep Tayyip Erdogan.
"Kesempatan yang ada juga kami gunakan untuk mengulangi komitmen dalam mengukuhkan kerjasama dalam pertahanan,ekonomi,budaya,perdagangan,pelaburan antara kedua-dua negara," kata Anwar menerusi Facebook beliau.
Anwar memaklumkan beliau juga sempat mengulangi jemputan kepada Erdogan untuk melawat Malaysia pada Julai atau Ogos tahun ini.
Beliau memberi jaminan lawatan berkenaan akan menjadi lebih bermakna kerana ia seiring ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Turkiye pada 17 Jun 1964 serta Perkongsian Strategik 10 Tahun antara kedua-dua negara.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur