2024-06-18 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO BERNAMA
KOTA BHARU,18 Jun- Sultan Kelantan,Sultan Muhammad V berkenan menyempurnakan ibadah korban sempena Majlis Ibadat Korban Jama'ie Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK),di Padang Kompleks Islam Jubli Perak,Sultan Ismail Petra,Panji,Kota Bharu,hari ini.
Baginda yang tiba pada 10.40 pagi turut berkenan menyembelih dua ekor lembu sebelum meninggalkan majlis pada 11.20 pagi.
Turut mengiringi baginda,Tengku Mahkota Kelantan,Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Tengku Temenggong Kelantan,Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz.
Hadir sama,Menteri Besar Kelantan,Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Timbalan Yang Dipertua MAIK,Dr Hasnan Ramli.
Sementara itu,Dr Hasnan berkata,tahun ini sebanyak 53 ekor lembu dikorbankan termasuk tujuh daripadanya adalah kurniaan Sultan Muhammad V.
Beliau berkata,selain itu,Tengku Muhammad Fakhry Petra bersama bonda baginda,Raja Perempuan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid turut mengurniakan lembu untuk dikorbankan.
Katanya,lembu-lembu berkenaan juga disumbangkan oleh kerabat diraja,agensi kerajaan dan orang ramai.
Katanya,program berkenaan turut melibatkan seramai 400 petugas yang bermula daripada proses melapah hingga agihan.
Jerlasnya lagi,daging korban itu akan diagihkan kepada 2,000 ketua isi rumah terdiri daripada asnaf fakir dan misikin dan akan diagihkan menerusi masjid terpilih bermula petang ini.
Setiap penerima akan mendapat dua kilogram daging bersama tulang.
Program Ibadat Korban Jama'ie adalah program tahunan yang dianjurkan oleh MAIK bagi meraikan golongan asnaf dengan mengagihkan daging korban kepada mereka.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur