2024-06-18 berita.rtm.gov.my HaiPress

Anwar Ibrahim pada Majlis Korban Perdana Bersama Perdana Menteri di Masjid Jamek Cherok Tok Kun Bawah di Bukit Mertajam,Pulau Pinang,hari ini
BUKIT MERTAJAM,18 Jun- Kerajaan mengambil langkah tepat dalam menangani isu kecurian diesel melibatkan negara jiran sehingga Malaysia terpaksa menanggung kerugian besar,kataPerdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata,pelaksanaan penyasaran subsidi diesel itu bukan sahaja dapat membantu mereka yang memerlukan,malah menyelamatkan kebocoran dana yang disalah guna terutama warga asing.
Ia terbukti apabila beberapa syarikat pelancongan di Singapura mengumumkan kenaikan pakej melancong ke negara ini,susulan terkesan dengan penyasaran diesel tersebut.
"Semua bas pelancong dan syarikat pelancongan dari Singapura nak naik harga kerana katanya tidak dapat subsidi diesel,maknanya selama ini berpuluh tahun,subsidi kita pergi ke syarikat Singapura,pergi ke kapal-kapal nelayan Siam. Bocor (dana) banyak.
"Subsidi dimanfaatkan oleh 3.8 juta orang asing,dibawa keluar ke Siam,dia bagi hantar kepada kapal nelayan Siam… yang bayar cukai rakyat Malaysia tetapi yang dapat manfaat orang asing," katanya pada Majlis Korban Perdana Bersama Perdana Menteri di Masjid Jamek Cherok Tok Kun Bawah di sini hari ini.
Justeru kata Anwar,penyasaran subsidi itu sangat wajar dalam memastikan golongan sepatutnya mendapat manfaat daripada hasil pulangan semula yang diterima kerajaan dan bukannya mereka yang berpendapatan tinggi,serta segelintir dari negara jiran seperti Singapura mengambil kesempatan mengaut keuntungan.
Perdana Menteri juga tidak menafikan percubaan awal akan ada sedikit masalah berikutan ramai yang tidak begitu faham dengan penyasaran subsidi berkenaan.
"Subsidi (masih disalurkan) untuk orang miskin,petani,nelayan pekebun kecil ataupun (pengusaha) bas sekolah dan berkaitan perkhidmatan awam. Orang yang nak mencerca kita,dia (kena) tengoklah maksud (niat) kita.
"Siri-siri penangkapan yang berterusan itu bukti bahawa (aktiviti penyelewengan) subsidi sangat kritkal untuk negara kita. (Jadi penyelarasan subsidi diesel ini) menyelamatkan dana yang bocor dan disalahguna," katanya.
Pada majlis itu,Anwar meluangkan masa lebih satu jam untuk menyantuni penduduk setempat termasuk menyaksikan kariah masjid menyempurnakan ibadah korban.
Terdahulu,Anwar akui wujud kelemahan dalam pelaksanaan penyasaran subsidi diesel dan sedia untuk memperbaikinya.
Justeru,langkah penambahbaikan akan dilakukan bagi memastikan rakyat tidak terkesan terutama mereka yang diberi kelayakan menerima subsidi tersebut.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur