2024-06-18 berita.rtm.gov.my HaiPress

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Kenduri Korban MADANI di Masjid Jamek Cherok Tok Kun Bawah,Bukit Mertajam,Pulau Pinang/Foto RTM
BUKIT MERTAJAM,18 Jun-Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Kenduri Korban MADANI di Masjid Jamek Cherok Tok Kun Bawah,Pulau Pinang hari ini.
Beliau yang diiringi isterinya,Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tiba kira-kira pukul 8.50 pagi,disambut pengurusan masjid dan penduduk untuk memulakan ibadah korban pada hari kedua Aidiladha.
Datuk Seri Anwar turut menyaksikan ahli kariah masjid melakukan ibadah korban dan meninjau operasi melapah dan menimbang daging bagi diagihkan kepada penduduk setempat.
Beliau juga menziarahi Ustazah Salmah Abu Bakar di kediamannya di Kampung Cherok Tok Kun.
Ustazah Salmah merupakan Guru Kelas Asas Fardu Ain (KAFA) kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau menuntut di Madrasah Al Itihadiah Al Wataniah,Cherok Tok Kun.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur