2024-06-18 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR,18 Jun- Yang di-Pertuan Agong,Sultan Ibrahim dipersembahkan laporan terkini Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Untuk Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Kes Kedaulatan Batu Puteh,Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
Menerusi perkongsian pada laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar,laporan itu dipersembahkan oleh Pengerusi RCI,Tun Md Raus Sharif kepada Seri Paduka Baginda di Istana Negara hari ini.
"Sesi mengadap bersama Yang di-Pertuan Agong berlangsung selama hampir sejam," menurut kenyataan itu.
Pada Februari lepas,Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam kenyataan memaklumkan Sultan Ibrahim memperkenan penubuhan suruhanjaya tersebut berkuat kuasa serta merta.
Penubuhan RCI itu dilakukan selaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119).
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur