2024-06-18 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO FAIL
KEPALA BATAS,18 Jun - Seorang lelaki diserang sawan menyebabkan kenderaan dipandunya terbabas ke kawasan perkuburan di Jalan Kedah di sini semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Superintenden Zulkeflee Sulaiman berkata bagaimanapun,pemandu berusia 37 tahun itu terselamat dan hanya mengalami kesakitan pada bahagian rusuk.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku pada 2.45 petang ketika lelaki itu yang bekerja sebagai pembantu am,dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Permatang Tinggi A di sini selepas selesai beraya di Permatang Haji Hassan.
“Apabila tiba di lampu isyarat Jalan Kedah,pemandu kereta telah diserang sawan lalu kenderaannya terbabas melanggar tembok kubur dan memasuki kawasan tanah perkuburan.
"Mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi di sini,dan menambah kes diklasifikasikan di bawah Rule 10 LN 166/59.
Terdahulu,rakaman video berdurasi satu minit enam saat memaparkan sebuah kereta terbabas dalam kawasan tanah perkuburan tular melalui media sosial. - BERNAMA
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur