2024-06-18 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto RTM
MEKAH,18 Jun- Lebih separuh daripada keseluruhan 31,600 jemaah haji Malaysia selesai melaksanakan nafar awwal iaitu melontar jamrah pada dua daripada tiga hari Tasyrik.
Manakala baki jemaah Malaysia akan menyempurnakan Nafar Thani iaitu melontar jamrah pada ketiga-tiga hari tasyrik sehingga esok.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata,proses melontar bagi jemaah Malaysia berjalan dengan lancar.
"Alhamdulilah,pada hari ini sebahagian besar daripada jemaah haji Malaysia telah menyempurnakan Nafar Awwal dan telah bergerak ke Mekah.
"Insya-Allah,sebahagian besar daripada mereka ini akan membuat persediaan untuk pulang ke tanah air iaitu enerbangan pertama untuk pukang ke tanah air adalah pada 24 jun 2024",katanya ketika ditemui media di sini.
Melontar jamrah merupakan perkara wajib haji selepas bermalam di Mina pada 11,12 dan 13 Zulhijjah.
Sebelum ini,jemaah haji telah bergerak ke Arafah bermula 8 Zulhijjah untuk berwukuf yang merupakan kemuncak haji pada 15 Jun lalu.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur