2024-06-18 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,18 Jun- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil pada Selasa susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM45.11 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam RM14.77 bilion.
Pada hari ini,bank pusat akan melaksanakan dua tender repo berbalik iaitu RM1.5 bilion untuk 30 hari dan RM1 bilion selama 92 hari.
Bank pusat itu akan menawarkan tender repo berbalik Islam bernilai RM770 juta selama 30 hari.
BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu dan tiga bulan.
Pada 4 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM47.6 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM15.5 bilion.- BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur