2024-06-19 berita.rtm.gov.my HaiPress

Bayi perempuan yang masih bertali pusat ditinggalkan di ruangan solat wanita Masjid Lubuk Kulit,Kuala Lipis
KUALA LIPIS,18 Jun- Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditinggalkan di ruangan solat wanita Masjid Lubuk Kulit,Kuala Lipis,Pahang awal pagi tadi.
Bagaimanapun ibu bapa bayi tersebut masih dikesan oleh pihak polis bagi mengetahui punca bayi tersebut ditinggalkan.
"Anggota polis Padang Tengku telah dimaklumkan oleh seorang penduduk Kampung Lubuk Kulit berkenaan penemuan bayi perempuan,pada pukul 5.30 pagi tadi.
"Keadaan bayi tersebut semasa dijumpai dalam keadaan baik,sempurna dan masih mempunyai tali pusat dipercayai baru dilahirkan," katanya.
Bayi tersebut kini berada di Hospital Kuala Lipis untuk siasatan dan rawatan lanjut.
Kes disiasat bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membuang kanak-kanak.
Pada masa sama polis memohon sekiranya mana-mana mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu menghubungi bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis di talian 09-3121999 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur