2024-06-19 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Facebook Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR,18 Jun - Kerajaan Malaysia kekal komited untuk melaksanakan dasar model dwi rangkaian 5G,kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau menerusi hantaran di laman Facebook berkata,syarikat telekomunikasi yang terlibat dalam pelaksanaan model dwi rangkaian tersebut akan melengkapkan proses pegangan ekuiti dalam Digital Nasional Bhd (DNB) pada 21 Jun ini.
"Sejurus selepas itu,proses mengenal pasti syarikat telekomunikasi yang akan membangunkan rangkaian 5G kedua akan bermula," katanya dalam hantaran itu,selepas menerima kunjungan hormat Menteri Industri dan Teknologi Maklumat China Jin Zhuanglong.
Fahmi berkata dalam pertemuan lebih 40 minit itu mereka membincangkan banyak perkara berkaitan isu telekomunikasi termasuk pelaksanaan rangkaian 5G kedua.
Menurutnya,proses membangunkan rangkaian kedua ini hanya akan dibuka kepada syarikat telekomunikasi yang telah melengkapkan pegangan ekuiti (SSA) dalam DNB.
Beliau berkata pelaksanaan rangkaian 5G kedua bersifat komersial tetapi kerajaan melalui Kementerian Komunikasi telah memutuskan dasar dwi rangkaian untuk memacu persaingan dan memastikan kemapanan ekosistem telekomunikasi dalam negara.
"Selain itu,perbincangan kami turut memberi fokus kepada usaha mengeratkan hubungan antara kedua-dua kementerian.
"Saya turut menyentuh teknologi 'direct-to-cell'melibatkan satelit orbit rendah Bumi (LEO) yang mungkin dapat membantu mengatasi masalah internet di kawasan terpencil serta kawasan yang tiada sambungan internet," katanya.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur