2024-06-19 berita.rtm.gov.my HaiPress

Datuk Seri Mohamad Hasan
RANTAU,18 Jun- Perdana Menteri China,Li Qiang dijadual tiba di Malaysia,malam ini.
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata,lawatan rasmi tiga hari Li Qiang ke Kuala Lumpur akan memperkasa dan mempertingkat hubungan kedua-dua negara terutama aspek dagangan.
Hubungan diplomatik yang terjalin sejak 50 tahun lalu dilihat akan memberi faedah kepada rakyat kedua-dua negara.
"Hubungan rapat Malaysia dan China perlu kita pertingkatkan,dalam masa yang sama ada juga perkara perkara yang perlu diselesai,perlu dirunding bersama seperti masalah di Laut China Selatan dan macam-macam lagi.
"...hubungan baik ini memungkinkan kita menguruskan apa juga masalah dengan baik," katanya kepada pemberitaselepas menyempurnakan majlis pelancaran inisiatif Kampung Angkat Madani dan Ibadah Korban di Dewan Orang Ramai Kampung Kanchong,di sini.
Dalam lawatan sulung Li Qiang ke Malaysia,beliau dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Antara fokusnya,bertukar pandangan isu serantau,dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.
Dalam perkembangan lainChina memuji pendirian positif Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terutamanya melibatkan hubungan kedua-dua negara.
Jurucakap Kementerian Luar China Lin Jian berharap,kerjasama dalam pelbagai bidang itu dapat memperdalam pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Malaysia.
Dalam pada itu,Lin berkata,China dan Malaysia merupakan negara jiran yang mempunyai persahabatan tradisional.
Beliau juga mengulangi pendirian China yang teguh menyokong Malaysia dan negara-negara ASEAN untuk mempertahan solidariti dan kemajuan kendiri selain mengekalkan pemusatan ASEAN dan kerangka serantau yang inklusif.
Anwar sebelum ini menyatakan,wajar bagi Malaysia untuk kukuhkan hubungan dengan China,kerana negara itu sanggup menerima dan mendengar cadangan dan kebimbangan dari Malaysia.
Negara tembok besar itu juga membantu Malaysia membangunkan ekonomi digital,tenaga boleh baharu (TBB) dan kecerdasan buatan (AI).
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur