2024-06-19 berita.rtm.gov.my HaiPress

Mayat Balavishnu Permaloo ditemukan pukul 1.15 tengah hari
BINTULU,18 Jun- Seorang daripada dua mangsa yang dilaporkan hilang dalam insiden bot karam di Long Menjawah Belaga,ditemukan lemas tengah hari tadi.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam satu kenyataan berkata,mayat ditemukan oleh orang awam pukul 1.15 tengah hari tadi,pada jarak 50 meter dari lokasi kejadian dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
"Mayat dikenal pasti sebagai Balavishnu Permaloo 36 tahun,manakala seorang lagi mangsa masih hilang,iaitu Rhuban Apparoo 30 tahun dan kedua-duanya berasal dari Padang Serai,Kedah.
"Insiden berkenaan berlaku pada petang Ahad lepas ketika mangsa bersama-sama dua lagi penumpang dan seorang jurumudi bot ke Jeram Menjawah," katanya.
Kemudian bot mereka dilaporkan karam disebabkan arus deras dan tiga yang lain terselamat dalam kejadian itu.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur