2024-06-19 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,18 Jun - Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional susut kepada RM43.60 bilion daripada RM45.11 bilion pagi ini,manakala mudah tunai dalam dana Islam meningkat kepada RM14.80 bilion daripada RM14.77 bilion sebelum itu.
Terdahulu,bank pusat menawarkan dua tender repo berbalik dan satu tender repo berbalik Islam.
Ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar bagi tempoh satu hingga tiga bulan.
Pada 4 petang,bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM43.60 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM14.80 bilion,kedua-duanya bagi wang sehari.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) kekal pada 3.01 peratus setakat 14 Jun. - BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur