2024-06-21 berita.rtm.gov.my HaiPress

Tengku Amir Shah berkenan menaiki bas elektrik tersebut dan dibawa ke beberapa lokasi sekitar bandaraya
PETALING JAYA,20 Jun- Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan melancarkan perkhidmatan bas elektrik percuma Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Majlis sempena program Gagasan Rumpun Selangor daerah Petaling itu mempamerkan dua bas elektrik terbaharu sebagai projek perintis ke arah menjadikan Petaling Jaya bandaraya bebas karbon menjelang 2030.
Tengku Amir Shah turut berkenan menaiki bas elektrik tersebut dan dibawa ke beberapa lokasi sekitar bandaraya.
Baginda juga berkenan melancarkan projek perintis Hentian Bas Mesra Kanak-Kanak di Sekolah Menengah Assunta.
Projekdi kawasan sekolah sekitar Petaling Jaya merupakan antara tindakan yang telah dirancang di bawah Bidang Fokus 1 : Tinggal,Bermain dan Belajar Dalam Perancangan Bandar.
Ia bagi menyediakan ruang menunggu yang lebih seronok,selesa dan selamat melalui penyediaan pelbagai aktiviti dan permainan.
Sebanyak 22 buah Hentian Bas di kawasan sekolah akan dinaiktaraf supaya lebih mesra kanak-kanak menjelang tahun 2030.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur