2024-06-21 berita.rtm.gov.my HaiPress

Datuk Abang Abdul Wahap (tengah) bersama penaja-penaja Festival Maal Hijrah 1446 Hijrah
KUCHING,20 Jun- Sekurang-kurangnya 3,000 pengunjung pelbagai peringkat umur dijangka hadir ke Festival Maal Hijrah 1446 Hijrah anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) pada 12 hingga 14 Julai depan di Masjid Jamek Negeri Sarawak.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS,Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai,angka berkenaan merupakan jangkaan kehadiran pada satu-satu masa mengikut aktiviti.
Festival tersebut merupakan inisiatif LAKMNS untuk menyemarakkan sambutan tahun baharu hijrah,serta menyampaikan ilmu berkenaan tahun baharu hijrah kepada masyarakat.
“Festival juga bagi mengimarahkan masjid sebagai pusat aktiviti masyarakat serta mempromosi gaya hidup sihat berlandaskan nilai-nilai agama melalui program-program kerohanian,kekeluargaan dan sukan," katanya kepada pemberita semasa sidang media sempena festival berkenaan di Baitul Makmur II,Kuching.
Turut berlangsung semasa festival,Jualan Rahmah dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada 13 dan 14 Julai.
Antara aktiviti yang bakal berlangsung,Malam Cinta Rasul,Kembara Berbasikal,Hijrah Run,Pameran Kerjaya dan Pendidikan,serta pelbagai pertandingan seperti badminton,tenpin boling dan e-sukan.
Premier,Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijangka merasmikan penangguhan festival pada 14 Julai.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur