2024-06-21 berita.rtm.gov.my HaiPress

Kebakaran melibatkan enam buah rumah teres dua tingkat di Taman Sri Putra,Sungai Petani,Kedah pada malam tadi/Foto Bomba
SUNGAI PETANI,21 Jun - Enam buah rumah teres dua tingkat di Taman Sri Putra,di sini terbakar malam tadi.
Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kejadian hanya melibatkan kerosakan harta benda.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani,Timbalan Penguasa Bomba I Ismail Mohd Zain berkata,pihaknya menerima panggilan kecemasan kebakaran rumah kediaman pada pukul 8.16 minit malam dan jentera bomba tiba di lokasi lima minit kemudian.
"Pemeriksaan awal mendapati,rumah terbakar 70 peratus,rumah kedua musnah 85 peratus,rumah ketiga 60 peratus,rumah ke empat 40 peratus dan rumah kelima 30 peratus.
"Manakala rumah ke enam terbakar kira-kira lima peratus," katanya menerusi kenyataan malam tadi.
Menurutnya,pihak bomba turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) menggunakan beberapa peralatan bagi memadam kebakaran.
Ismail berkata,api berjaya dikawal kira-kira pukul 9.15 malam tadi.
"Tindakan pantas anggota bomba berjaya mengawal api daripada merebak ke banyak lagi kediaman yang terletak bersebelahan," katanya.
Tambahnya,punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan Bahagian Siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur