2024-06-21 berita.rtm.gov.my HaiPress

Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Selangor membuat pemeriksaan kenderaan dan dokumen perjalanan pada Ops Khas sempena Hari Raya Aidiladha (HRAA) 2024 di Plaza Tol Sunway malam tadi/Foto BERNAMA
PETALING JAYA,21 Jun - Sebanyak 14,417 notis atas pelbagai kesalahan jalan raya direkodkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor sepanjang tempoh 10 hari Op Hari Raya Aidiladha (HRAA) 2024.
Timbalan Pengarah JPJ Selangor Datuk Ahmad Kamarunzaman Mehat berkata berkata angka itu direkodkan bagi tempoh 10 hingga 19 Jun lalu dengan memeriksa lebih 57,491 kenderaan.
Katanya,jumlah itu melibatkan saman sebanyak 11,118 notis dengan merekodkan kesalahan paling banyak ialah isu teknikal iaitu 4,687 kes.
"Diikuti tiada lesen memandu kompeten (3,022),lesen kenderaan motor tamat tempoh (2,320),tiada perlindungan insurans (1,893) dan selebihnya lain-lain kesalahan.
"JPJ juga mengeluarkan notis larangan penggunaan kenderaan (1,338),arah periksa kenderaan (1,407) dan penahanan kenderaan sebanyak 554 notis," katanya selepas Op HRAA di Plaza Tol Sunway di sini,malam Khamis.
Op HRAA 2024 di plaza tol terbabit turut mengesan 318 kesalahan hasil pemeriksaan terhadap 1,220 kenderaan.
Katanya,JPJ mengeluarkan 261 saman dan menyita 23 kenderaan.
Manakala,18 kenderaan lain diarah periksa selain 16 notis larangan penggunaan kenderaan.
"Pelbagai kesalahan direkodkan antaranya tiada lesen memandu,tiada perlindungan insurans,lesen kenderaan motor tamat tempoh,kesalahan teknikal serta cermin gelap.
Op HRAA 2024 dilaksanakan hingga 30 Jun bagi memastikan penguatkuasaan dengan impak tinggi.
Operasi bertujuan meminimumkan kadar kemalangan serta kematian akibat nahas jalan raya.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur