2024-06-24 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto APM Perlis
KANGAR,23 Jun- Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perlis menerima 31 panggilan kecemasan berhubung kejadian pokok tumbang di seluruh Perlis akibat angin kencang serta hujan lebat yang berlaku kira-kira pukul 2.00 hingga 3.00 pagi tadi.
Kejadian pokok tumbang berkenaan melibatkan beberapa jalan utama di Perlis terhalang serta menimpa wayar elektrik ke kediaman penduduk.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri,Leftenan Kolonel (PA) Mohd Izaimi Mohd Daud dalam kenyataan memaklumkan antara lokasi berlakunya kejadian pokok tumbang ialah Batu 2 Jalan Kaki Bukit,Jalan Behor Gonchar dan Jalan Kota di Kampung Kota.
Turut berlaku kejadian pokok tumbang ialah melibatkan laluan Batu 9 Jalan Kaki Bukit,Jalan Lomboh Tambun Tulang,Jalan Kuala Perlis-Padang Benta,Jalan Behor Pulai dan Laluan ke Tasoh Lake Resort.
Seramai 50 pegawai dan anggota APM Negeri diatur gerak bagi kerja-kerja pemotongan serta pembersihan pokok tumbang.
APM Perlis dalam keadaan bersiap siaga menghadapi sebarang kejadian bencana berikutan cuaca tidak menentu ketika ini di Perlis,terutamanya kejadian ribut,pokok tumbang dan banjir kilat serta kes kecemasan lain.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur