2024-06-25 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO FAIL
KUALA LUMPUR,25 Jun - Penjelasan mengenai penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP) antara perkara yang menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di portal Parlimen,soalan itu diajukan Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) kepada Perdana Menteri pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.
Mohd Shahar meminta Perdana Menteri menyatakan penjelasan terhadap keputusan konsortium syarikat pelaburan berkaitan kerajaan terhadap penjualan saham MAHB itu.
Pada sesi yang sama,Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) meminta Perdana Menteri menyatakan strategi kerajaan susulan kedudukan Malaysia jatuh ke tangga ke-34 dalam Indeks Daya Saing Dunia 2024.
Pada sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pula,Manndzri Nasib (PN-Tenggara) meminta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan bentuk bantuan yang disediakan kepada pembeli rumah yang berdepan masalah projek sakit khususnya projek perumahan di bawah inisiatif perumahan rakyat.
Selain itu Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) meminta Menteri Kesihatan menyatakan bilangan kes yang diterima menerusi Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental sehingga kini,serta tindakan susulan yang diambil untuk membantu golongan yang memerlukan.
Usai sesi itu,persidangan Dewan Rakyat diteruskan dengan menyambung semula perbahasan bagi Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2024 untuk bacaan kali kedua daripada Menteri Sumber Manusia.
Turut tersenarai dalam aturan mesyuarat hari ini ialah pembentangan Rang Undang-Undang Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2024,juga daripada Menteri Sumber Manusia.
Mesyuarat Kedua,Penggal Ketiga Parlimen ke-15 akan berlangsung selama 15 hari hingga 18 Julai ini. - BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur