2024-06-25 berita.rtm.gov.my HaiPress

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR,25 Jun - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak pernah dijual kepada pihak asing dan terus kekal menjadi milik Malaysia,tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dakwaan kononnya MAHB dijual menerusi pemilikan syarikat asing adalah sama sekali tidak berbangkit.
Penjualan saham MAHB kepada Global Infrastructure Partners (GIP) hanya melibatkan pengurusan dan iaadalah amalan sama yang dilaksana MAHB di Turkiye.
Malah Perdana Menteri berkata,pegangan saham majoriti MAHB dikuasai Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 70 peratus,meningkat berbanding 40 peratus sebelumnya.
Jelasnya,pengurusan utama iaitu Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAHB juga masih diterajui rakyat Malaysia.
"Faktor keselamatan masih milik kerajaan pengerusi syarikat masih dan CEO masih rakyat Malaysia,tetapi penjualan MAHB tidak bangkit sama sekali kerana milik kerajaan daripada 41-70 peratus pengerusi syarikat mestilah rakyat Malaysia,CEO rakyat Malaysia dan keselamatan adalah tanggungjawab Malaysia," kata Anwar.
Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Paya Besar,Datuk Mohd Shahar Abdullah di Dewan Rakyat.
Sementara itu Anwar berkata,sebarang keputusan pelaburan syarikat berkaitan kerajaan,seperti Khazanah Nasional,Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta Permodalan Nasional Bhd (PNB) bukanlah satu urusan kerajaan dan tidak pernah dirujuk kepada kabinet dania telah diamalkan sejak pentadbiran terdahulu.
"Semua pelaburan PNB,KWSP,Khazanah itu bukan urusan kabinet. Saya lihat juga minit mesyuarat kabinet sebelumnya,keputusan pelaburan Khazanah,PNB dan KWSP tidak dirujuk kabinet.
"Termasuk semasa rakan-rakan sebelah sana menjadi jemaah menteri. Tetapi dalam kes ini saya ada maklumkan kabinet. Ini yang berlaku,sebagai makluman saja," katanya.
Dalam pada itu menjawab soalan Ahli Parlimen Machang,Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal Anwar berkata,penjualan pegangan saham dalam MAHB kepadaBlackRock dibuat selepas melalui syarat ketat dengan tapisan dilakukan dalam kalangan keseluruhan 145 syarikat yang berminat.
Daripada jumlah itu,lima syarikat disenarai layak termasuklah BlackRock. Bagaimanapun antara isu yang timbul di peringkat rundingan adalah enggan memberi hak mengurus kepada rakyat Malaysia.
"Khazanah melaporkan apabila dibuka untuk pertimbangan pengurusan sekitar 145 yang berminat. Akhirnya lima yang layak syarat yang ditetapkan," katanya lagi.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur