2024-06-25 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,25 Jun- Dasar Gaji Progresif (DGP) dilaksanakan sebagai pelengkap kepada inisiatif gaji sedia ada iaitu Perintah Gaji Minimum dan Sistem Upah yang dikaitkan dengan produktiviti iaitu "Productivity Linked-Wage System (PLWS)".
Timbalan Menteri Sumber Manusia,Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata pelaksanaan projek rintis DGP dijadual bermula pada Jun hingga Ogos tahun ini.
Menerusibeberapa sesi libat urus,pihaknya mendapati majoriti pihak majikan dan pekerja memberi maklum balas yang positif terhadap pelaksanaan DGP antaranya sesi Town Hall Projek Rintis DGP yang telah diadakan pada 6 Jun 2024 lalu,di Pusat Persidangan Kuala Lumpur (KLCC) yang disertai1,500 peserta.
Dewan turut dimaklumkan,permohonan majikan untuk menyertai projek rintis DGP juga kian meningkat.
"Pelaksanaan projek rintis DGP bertujuan untuk menilai ketersediaan dasar dan sistem yang dibangunkan serta menentukan sebarang penambahbaikan yang diperlukan. Penilaian impak projek rintis akan dibuat pada September 2024 sebelum pelaksanaan DGP secara menyeluruh diputuskan oleh Jemaah Menteri yang dijangka akan berlaku pada Oktober 2024."
"Sehingga Jun 2024,Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dengan kerjasama kementerian dan agensi lain seperti Jabatan Tenaga Kerja (JTK),Jabatan Kesatuan Hal Ehwal Pekerja (JHEKS) dan Kementerian Ekonomi telah menganjurkan serta menghadiri sebanyak 16 sesi libat urus yang melibatkan wakil majikan dan pekerja," kata Datuk Seri Abdul Rahman di Parlimen,hari ini.
Setakat 25 Jun 2024,seramai 732 majikan telah membuka akaun menerusi Sistem Gaji Progresif,dan daripada jumlah tersebut seramai 237 (32%) majikan telah mengemukakan permohonan untuk menyertai Projek Rintis DGP.
Majikan yang berminat boleh memohon melalui laman sesawang www.gajiprogresif.gov.my.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur