2024-06-25 berita.rtm.gov.my HaiPress

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan,Wanita,Keluarga dan Masyarakat,Perpaduan Negeri Kedah Datuk Halimaton Shaadiah Saad
CHANGLUN,25 Jun - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah melakukan bancian terhadap kerosakan 85 rumah di lapan daerah,di Kedah yang terlibat kejadian ribut pada 23 dan 24 Jun lalu.
Daerah Kubang Pasu mencatat jumlah tertinggi iaitu 38 buah diikuti Kota Setar 30,Padang Terap enam dan Sik tiga buah rumah,manakala daerah Langkawi,Baling,Pendang,dan Pokok Sena masing-masing dua buah rumah.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan,Perpaduan Negeri Kedah Datuk Halimaton Shaadiah Saad berkata,JKM masih melakukan bancian terhadap rumah terlibat dan angka tersebut dijangka meningkat dari semasa ke semasa.
Beliau berkata,JKM telah menyalurkan sumbangan segera bawah Tabung Bantuan Segera (TBS),Kit Makanan dan Peralatan Pasca Bencana.
Peruntukan baik pulih rumah yang mengalami kerosakan akan dipanjangkan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah berdasarkan permohonan yang diterima.
"Kita ada tabung bantuan segera kita bagi dengan JKM,selanjutnya kita akan turun dengan penghulu-penghulu mukim dan akan hantar kepada pejabat daerah untuk dipanjangkan kepada Kerajaan Negeri Kedah. Insya-Allah.
"Apabila musibah berlaku mana-mana individu atau mangsa terlibat mesti buat laporan polis dan nilai kerosakan. Penilaian kita buat daripada laporan polis itulah untuk kita hantar kepada pejabat daerah masing-masing," kata Halimaton kepada pemberita,di sini.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur