2024-06-25 berita.rtm.gov.my HaiPress

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi
KUALA LUMPUR,25 Jun- PengarahKanan Cawangan Perancangan Aset Bersepadu,Jabatan Kerja Raya(JKR),Datuk Ir Roslan Ismail dilantik sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya yang baharu berkuatkuasa hari ini.
Menteri Kerja Raya,Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengumumkan pelantikan itu dalam sidang media di Parlimen di sini.
Pelantikan tersebut disempurnakan Ketua SetiausahaNegara,Tan Sri Mohd Zuki Ali.
"Datuk Ir Roslan ni adalah pegawai yang berpengalaman luas dalam pengurusan aset yang menyeluruh di mana beliau pernah memegang jawatan...antaranya.....Pelantikan ini telah melalui prosedur standard yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam
"Jawatan ini adalah jawatan tertinggi,jadi,jawatan yang penting...ia memerlukan prosedur-prosedur tertentu (sepertimanayang telah saya nyatakan tadi) iaitu ...yang ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)," katanya.
Roslan Ismail menggantikan Datuk Ir Ahmad Redza GhulamRasool yang bersara wajib pada 11 Disember tahun lalu.
Beliau berpengalaman luas dalam perancangan dan pelaksanaan projek-projek awam berimpak tinggi selama 29 tahun,selain memiliki Sarjana Pengurusan Projek dari Universiti Sains Malaysia (USM) itu diyakini kredibilitinya untuk terus mempertingkat kecemerlangan perkhidmatan JKR kepada rakyat dan negara.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur