2024-06-25 berita.rtm.gov.my HaiPress

Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad
KUALA LUMPUR,25 Jun- Sebanyak RM50 juta disediakan bagi pelaksanaan projek rintis Dasar Gaji Progresif (DGP) termasuk bagi pembayaran insentif kepada 1,000 majikan.
Timbalan MenteriSumber ManusiaDatuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata,proses pemilihan 1,000 majikan untuk menyertai projek berkenaan adalah berdasarkan kepada enam syarat yang ditetapkan.
Antaranya,berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM),Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau lain-lain pertubuhan yang berdaftar dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta bukan syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat multinasional.
Sementara itu tuntutan insentif ditetapkan hanya kepada pekerja warganegara Malaysia.
"Pembayaran insentif kepada pihak majikan dijangka bermula pada Oktober 2024 apabila pihak majikan mengemukakan tuntutan selepas memenuhi syarat yang ditetapkan. Pemberian insentif ini dijangka akan memberi manfaat kepada 20,000 pekerja tempatan yang bergaji antara RM1,500 hingga RM4,999.
"Bagi projek rintis,penyertaan dibuka hanyakepada lima sektor iaitu sektor;pembuatan;pembinaan; perdagangan borong dan runcit; pembaikan kenderaan bermotor dan motosikal;maklumat dan komunikasi; serta aktiviti profesional,saintifik dan teknikal," katanya pada sesi soal jawab lisan.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali (BN-Pekan) yang ingin tahu mengenai status pelaksanaan DGP di peringkat kementerian dalam usaha meningkatkan pendapatan pekerja di sektor swasta.
Abdul Rahman berkata permintaan majikan untuk menyertai projek rintis DGP juga semakin meningkat dan sehingga hari ini,seramai 237 daripada 732 majikan yang telah membuka akaun menerusi sistem DGP,memohon untuk menyertainya.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur