2024-06-25 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,24 Jun- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini meskipun prestasi positif di niaga hadapan emas COMEX.
Kontrak niaga hadapan emas Ogos 2024 di COMEX diniagakan pada US$2,338 setiap auns troy,menunjukkan peningkatan sebanyak 0.29 peratus daripada paras penutup US$6.50 sebelumnya.
Sementara itu,OCBC Bank dalam Penyelidikan Pasaran Globalnya mengulas harga emas diniagakan lebih rendah berikutan berita bahawa China melaporkan tiada perubahan dalam pegangan emasnya pada Mei.
Pengurangan bilangan penurunan kadar faedah bagi 2024 seperti yang dilihat menerusi data Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan Amerika Syarikat juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada sentimen logam berharga,termasuk emas dan perak.
Pada penutup dagangan,kontrak bulan semerta Jun 2024 turun kepada US$2,330.00 setiap auns troy daripada US$2,367.30 setiap auns troy pada Jumaat minggu lepas,manakala Julai 2024 merosot kepada US$2,336.80 setiap auns troy daripada US$2,374.10 setiap auns troy sebelum itu.
Kontrak Ogos 2024,September 2024,Oktober 2024 dan Disember 2024 semuanya ditutup rendah kepada 2,352.80 setiap auns troy berbanding US$2,390.10 setiap auns troy sebelumnya.
Jumlah dagangan turun kepada 13 lot daripada 15 lot pada Jumaat minggu lepas,manakala kepentingan terbuka susut kepada 37 kontrak daripada 40 kontrak.
Menurut London Bullion Market Association pada 21 Jun,harga emas fizikal berada pada US$2,335.05 setiap auns troy.- BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur