2024-06-26 berita.rtm.gov.my HaiPress

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Dr Na’im Mokhtar
PUTRAJAYA,26 Jun - Petugas-petugas yang komited dalam pengoperasian dan pengurusan haji meskipun berhadapan dengan cuaca panas menjadikanpelaksanaan musim haji pada tahun inisangat baik.
Bagaimanapun,Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Na’im Mokhtar berkata kes jemaah haji dari negara lain yang memasuki Mekah secara haram hingga menyukarkan tindakan dan bantuan diambil apabila meninggal dunia akibat strok haba harus dijadikan iktibar.
"Mereka ini mempunyai dokumentasi,maknannya jika berlaku sebarang perkara atau masalah ia memudahkan pihak kami mengambil tindakan dan beri pertolongan. Kita perlu ambil iktibar dengan apa yang berlaku kepada negara Tunisia,dengan apa yang berlaku dengan jemaah dari negara-negara luar seperti Mesir,Indonesia.
"Kebanyakannya melibatkan keseluruhan jemaah haji yang tidak sah,mereka tiada permit,visa. Mereka memasuki Mekah menggunakan visa umrah dan selepas itu mereka tidak keluar dan buat haji. Jadi ini memang fakta mereka paling ramai meninggal dunia disebabkan strok haba," kata Dr Na’im.
Beliau berkata demikian di Putrajaya selepas menyampaikan sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada 353 penjawat awam daripada pelbagai agensi agama bawahnya.
Jelasnya,seramai 18 jemaah haji Malaysia yang telah meninggal dunia,tiada kes strok haba dicatatkan sebaliknya berpunca daripada serangan jantung dan jangkitan kuman pada paru-paru.
Tambahnya,rata-rata para jemaah yang ditemui berpuas hati dan gembira dengan perkhidmatan yang diberikan petugas-petugas haji yang memudahkan mereka beribadat dan mendapat haji yang mabrur.
Terdahulu,seramai 31,600 jemaah Malaysia dalam kalangan 2 juta umat Islam di seluruh dunia menunaikan haji pada tahun ini.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur