2024-06-27 berita.rtm.gov.my HaiPress

Menteri Besar Negeri Sembilan,Datuk Seri Aminuddin Harun
SEREMBAN,26 Jun- Projek jejambat yang menghubungkan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) di Paroi dengan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Senawang kini sedang dalam proses penstrukturan semula kos.
Menurut Menteri Besar,Datuk Seri Aminuddin Harun,peruntukan asal yang diluluskan sebanyak RM950 juta oleh Kerajaan Persekutuan sebelum ini tidak mampu menampung kos kenaikan pembinaan.
Justeru,langkah kajian dan penstrukturan semula kos dilaksanakan untuk mendapatkan peruntukan baharu.
"Pada dasarnya dah lulus,tetapi daripada segi kewangan itu bawah MOF daripada JKR,sebab saban tahun kosnya akan berubah (naik),"katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Negeri,Seremban.
Sebelum ini,Kerajaan Persekutuan telah meluluskan pembinaan projek jejambat itu membabitkan kos awalan RM950 juta.
Projek terbabit merupakan inisiatif mengatasi kesesakan lalu lintas di laluan pintu masuk utama ke Senawang yang membelenggu pengguna sejak sekian lama.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur