2024-06-27 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto RTM
KANGAR,27 Jun- Bahagian Penguatkuasa JPJ Perlis mengeluarkan sebanyak 1,392 notis saman ke atas pemandu yang gagal mematuhi undang-undang jalan raya,sepanjang 17 hari Operasi Khas Musim Perayaan Bersempena Sambutan Hari Raya Aidiladha (OPS HRAA) sejak 10 Jun 2024 hingga semalam.
Tindakan saman diambil hasil pemeriksaan terhadap 12,900 buah kenderaan dalam operasi yang akan berakhir pada 30 Jun ini.
Menurut Pengarah JPJ Perlis,Fatimah Mohamed Ali Piah dalam kenyataannya,kesalahan tertinggi melibatkan pelesenan kenderaan motor (LKM) yang tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans dengan 702 kes.
"380 kes lagi berkaitan sembilan kesalahan utama seperti menggunakan telefon bimbit semasa memandu,gagal berhenti di lampu isyarat merah,memotong di dua garisan berkembar dan kesalahan berkaitan membawa muatan secara berbahaya," kata kenyataan itu.
Selain itu,211 kes melibatkan pelesenan pemandu iaitu tiada lesen memandu atau lesen memandu telah tamat tempoh.
Kesalahan lain berkaitan teknikal iaitu sebanyak 99 kes seperti penggunaan cermin gelap tidak mengikut spesifikasi ditetapkan,nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi,ubah suai struktur asal kenderaan.
Operasi Khas Musim Perayaan Bersempena Sambutan Hari Raya Aidiladha dilaksanakan bagi mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya di negeri Perlis.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur